Wednesday, August 6, 2008

hmmmmm....

malam td, tgh tunggu nak solat isyak, tetiba ternampak album lama... lupa nak kuarkan dr paper bag... dok tunjuk2 gmbr kat roommate (zd ni dok nyewa)..hehehe... tetiba terasa nak ambik gmbr time kecik2.. dulu cam inesen jer.. but skrg but inesen lagi..hahaha.. gmbr quite blur... tapi boleh lah ek... comelkan zd time kecik2 dulu... besar ni pun comel lagi gak.. (dulik apa, nak puji diri sendiri gak.. nak tunggu org puji, berjanggut lah aku).. wakakakaka

dok ngomel2 tgk gmbr2 lama.. rupanyer dah gemuk balik diriku ini... azam bulan ni nak start diet..huhu... mintak2lah tekad ni berterusan... paling payah nak tinggalkan minuman2 manis ni.. mana taknyer... cafe dekat jer.. dahaga jer p beli air...huhu

dalam menaip blog ni, teringat lak kat goreng pisang kak salmah... dah lama betul tak makan goreng pisang... sepanjang kat melaka ni, rasanyer br dua kali makan goreng pisang.. tapi tak sesedap kak salmah punyer goreng pisang..huhu..

pengalaman sepanjang dok kat melaka ni, rasanyer setakat ni ok lagi.. takder benda2 pelik berlaku lagi... n takder tahap kebosanan yang melanda lagi.. yelah.. zd balik tiap2 minggu.. abah zd tgh tak sihat... nampak sangat makin susut badan abah... hopefully abah akan semakin sihat...huhu..

setakat sini dulu blogging ari ni... insyaAllah akan di update lagi...

Tuesday, August 5, 2008

insaf redha tawakkal...

ketika membuka laman web iluvislam.com.. zd terbaca artikel di bwh.. quite interesting.. so, zd quote artikel ni utk kita kongsi bersama...


Insaf
Redha Tawakkal

www.iLuvislam.com
oleh: Shahnom *

No. 1 - Narrated 'Umar bin Al-Khattab:

I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."

Runtuhkan berhala fanatisme dan materialisme. Ideologi manusia berbeza dan ia tidak boleh diubah melainkan jika mereka kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah. Sifat keterbukaan dalam menuntut ilmu dan istiqamah dalam mencari kebenaran akan menyelesaikan segala pertelingkahan. Umat Islam patut bersatu daripada segala aspek, ketepikan perbezaan dan raikan persamaan yang wujud diantara kita.

Setiap manusia akan diuji Allah swt dengan pelbagai ujian, semakin tinggi iman seseorang maka akan semakin besarlah ujian yang akan diberikan Allah swt. Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Jangan sesekali menyalahkan Allah swt atas apa yang berlaku. Apabila kita menghadapi sesuatu perkara, contohnya kesedihan ditinggalkan orang yang paling disayang, maka jadikanlah kesedihan itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan iman kita kepada Allah swt. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya. Hasbiyallah...

Di dalam hidup manusia, perasaan di antara lelaki dan wanita merupakan suatu perkara yang hakikat. Jika perasaan itu melampaui batasan, mereka akan mula melupakan siapakah dan dimanakah Yang Maha Mencipta. Dunia ini segalanya adalah ujian daripada Allah swt, bersabarlah menghadapi dugaan dan yakinlah yang janji Allah swt itu akan pasti berlaku. Jangan sampai keluargamu, anak-anakmu, isterimu, dan kekayaanmu menyebabkan kamu lupa kepada Allah swt.

Setiap perbuatan akan dibalas dengan balasan yang setimpal, alangkah indahnya jika balasan itu hanya ditimpakan oleh Allah swt di dunia ini, dan kemudian ia diambil lalu dijadikan pengajaran oleh hambaNya. Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.


" Ya Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakanMu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak berniat daku untuk mengingkariMu, apatah lagi untuk mensyirikkanMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, daku bersyukur kepadaMu kerna Kau telah memberikan daku sedetik sinar kehidupan tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik di pandangan Mu. Engkaulah Pencipta ku dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku. Esok lusa mungkin ku akan kembali kepada Mu, terimalah daku Ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."

Jadikan setiap kesulitan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.

selasa....

semalam adalah hari yang tak begitu ceria.. but today, segalanyer bermula ngan tenang..
bangun pepagi td, lepas subuh n mandi n bersiap, sempat tgk citer according to jim and friends... hehehe.. ni yang best dok umah dekat ngan tempat keje... tetiba perut sakit sangat n kepala pun sakit.. nampak gaya dah angin... ari ni makan mi kari.... lupa lak nak ambik gmbr...hehehe takperlah.. lain kali lak.. k lah.. ari ni quite bz.. ada discussion kul 12... n ada kelas kul 2..

Monday, August 4, 2008

isnin..

pagi ni bangun ngan badan yang sakit2...huhu.. bahana shopping spree semalam...
pepagi dah bangun ari ni (seperti hari2 biasa) bukan bangun lambat tau.. ppdah bersiap.. minum milo... alih2 kan keta... salam abah n mama... pastu perjalananku bermula.. ari ni zd dr kl ker tempat keje.. tetiba jem pulak dr tol sg balak ke arah tol kajang... ari ni perjalanan hampir 2 jam.. ye lah.. bertolak kul 7.10.. punch in kul 9.56pg..hehehe... walaupun lama nak boleh ker sampai, kalau time keje kat kl dulu, pun lebih kurang sama.. yang beza cuma jarak.. tapi masa perjalanan sama jer...hehehe

Sunday, August 3, 2008

shopping spree...

ari shopping sedunia... hahaha... cam tak sangka jer... dgn jayanyer kami telah bershopping ari ni... dengan seawal 10.30pg, kami telah tiba di mid valley.. memula kami mulakan hari kami dgn survey harga aircond.. kami tu adalah zd, adik zd n mama zd..hehehe... lepas mereportkan rega kat abah zd, kami terus ker the gardens.. survey handbag n kasut.. takder lak yang berkenan.. pastu, kami telah ker jusco.. jenuh survey.. last2 masmi tak jadi beli kasut, dia beli day cream biotherm dia... pastu, zd telah survey handbag..huh... semua yang berkenan tak out of stock.. kalau nak, kena ambik display punyer...tak maulah.. last2, pilihan yang ke6, br ada yang lain.. so ambik yang itu... ni ler gmbr handbag br zd..hehehehe

pastu, mama zd buat spec mata.. pilih punyer pilih, mama beli gaklah..hehehe... sementara kami yang pompuan bershopping, rupanyer abah n adik lelaki zd pun wat shopping spree gak.. memula dioarg gi jj taman maluri... pastu ker cheras leisure mall utk membeli aircond.. pastu tetiba diorg call dah ada di mid valley.. pantas betul diorg tu..huhu

lepas jer mama wat spec, kami terus ker tmpt abah n yuyi... rupanyer yuyi beli handfon.. beli N85.. and handfon ke muni... rupa2nyer, abah terbeli yang sama ngan masmi..hehehe.. gasak korang ler.. jangan tertukar sudah..hehehe...
pastu balik umah... tgk2 dah kul 8 lebih... perghhhhhh.. dasat tul ari ni..hehehe...
dgn secara rasminyer, berakhirlah shopping spree kitorang..hehehe

Saturday, August 2, 2008

durian..

buat pertama kalinyer hari ni, zd gi beli durian.. mama pesan suruh beli durian utk umah... dah alang2 beli, sbb nak singgah umah kak an, zd belikan utk bg kat kak an 3biji... ari ni rega durian 5 ringgit sekilo.. mak aiiii... mahal lak ari ni... kebetulan ada satu keluarga ni beli jugak durian, zd pun tumpang sekali.. dalam tawar menawat ni, makcik ni tolong tawarkan rega utk zd sekali... terima kasih makcik... dalam 16 biji beli, rega rm50.. nasib baik buah besar2.. camnilah kalau takder dusun sendiri... huhu
2 minggu lepas, makan durian yang kak elmi bagi.. sedap durian dr dusun dia kat jasin... terima kasih kak elmi.. kalau ada buah lagi, jangan lupa bagi kat penghuni bilik no 12..ekekekek

Friday, August 1, 2008

apam ice cream

petang semalam, balik jer dr keje terus gi kedai utk membeli bahan2 utk membuat apam ice cream.. tetiba ada rasa nak membuat kuih.. ye lah.. mood dah ada.. sebelum ni, malu ngan housemate baru.. nak tunjuk gmbr, takder gmbr..hehehe... oklah.. nasib baik jadi...