Friday, August 22, 2008

membuat kek...

semalam tetiba angin tak berapa baik.. maka, terjadilah kek coklat kukus..hehehe..rasa nak buat tapi tak rasa nak makan pon.. nasib baik ada housemate and opismate yang leh makankan.. thanx korang kerana sudi merasa..hehehe.. resepi ambik dr fotopages kak hanieliza...

adunan yang br dibancuh

periuk pengukus..hehehe

adunan yang br hendak dikukus..

kek-kek yang dah dikukus....hmmmmm...

resepi kek kukus.. (resepi dr kak hanieliza)


KEK COKLAT KUKUS

Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara
1. Panaskan kukusan
2.2. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat

No comments: