Monday, October 15, 2012

warkah buat abah..

Abah..

Ana mengambil beribu kekuatan untuk menulis warkah buat abah ni. Bulan ni memang terlalu sukar dan pedih buat ana dan semua di sini. 7/10/2012 genap 3 tahun abah meninggalkan kami. Kami redha dengan pemergian abah. 19 tahun abah sakit dan berusaha dengan pelbagai rawatan untuk membesarkan kami semua. Alhamdulillah.. Pengorbanan abah itu, sangat kami hargai dan kami akan sentiasa mendoakan abah di sana. 3 tahun tu bunyi nya cam lama tapi ana masih dapat mendengar alunan ayat-ayat suci alquran yang abah alunkan setiap pagi.

Abah,

Abah mesti berbangga sengan mama. Kekuatan yang mama tonjolkan jauh sangat dari apa yang ana jangkakan. Mama tengah sibuk sekarang ni, munirah nak kawen.. Dah gatal nak kawen bdk tu.. hehe.. Alhamdulillah.. Munirah pun dah banyak berubah. Menjadi seorang yang lebih baik.

Abah,

Ana tak dapat nak teruskan warkah ni. Sedih sangat-sangat. Nanti-nanti ana menulis untuk abah lagi yer. Semoga abah tenang di sana. InsyaAllah, abah tinggalkan anak-anak yang soleh dan solaheh yang sentiasa mendoakan untuk abah. amin..

No comments: