Sunday, August 31, 2008

persediaan ramadhan..

tahun ni persediaan ramadhan di rumah mak zd adalah penyediaan kuih2 utk disejukbekukan... nnt senang... takyah pening nak beli kuih n senang utk adik lelaki zd nak goreng..hehehe.. dan juga utk bekalan anak2 mak zd yang dok jauh..(kitoranglah tu)..hehehe

karipap ayam yang telah digoreng...

donut....

masmi yang tgh tunjuk cara camner nak kelim karipap..

karipap yang telah siap dikelim...

Friday, August 29, 2008

cupcake

ari ni zd balik awl dr keje... saja balik awal coz nak singgah kedai jual barangan bakeri... igt nak cuba wat cupcake ari ni.. alhamdulillah.. sampai2 jer umah, terus wat cupcake... munirah pun quite excited nak wat projek cupcake ni..hehehehe...
di sini gmbr2 projek cupcake dr awal sampai siap..hehe
br masuk dalam oven.. tunggu lagi 30 minit...

setelah 30minit dalam oven...dah hampir masak.. tunggu sejuk, leh letak buttercream...butter cream yang diberi kaler hijau, merah n kuning..hehehehe

letak base dulu.. kaler putih...



cupcake yang dah selesai di letak buttercream.. takder tema pun.. main hentam jer...hehehe
dok deco ngan munirah...

29/8/08

semalam quite pelik krn en mus mendiamkan diri sepanjang hari... tetiba rasa susah hati cause en mus tak balas2 sms... risau beb...huhu... tetiba dia balas ym kata dia xciden pg semalam... terkedu sat... nasib baik en mus takder apa... pesanan buat en mus... please be very careful next time...huhu

pastu, ari ni abah dijadualkan masuk wad.. wat endoscopy selasa depan.. keadaan abah yang quite uzur, wat zd susah hati.. takper abah, abah nak makan apa poser ni, order jer.. nnt kakna watkan... tak kisah... menu minggu ni ada cupcake k...hehehehe

ari ni, aim minggu ni nak wat cupcake... dapat buat deco yang very simple pun dah ok..hehehe.. dah print resepi.. rancangnyer nak wat vanilla cupcake with vanilla frosting dan juga coklat ganache... doakan kejayaan zd minggu ni..hahahaha... tak sabar nak balik..

Wednesday, August 27, 2008

Jangan Kamu Bersedih

petikan dr www.iluvislam.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Jika anda bersedih,mungkin ini dapat membantu:


Ibnu abbas buta,& untuk menghibur hati dia berkata:
jika Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku
tetapi di dalam nurani & hatiku masih ada cahaya
Hatiku cerdik & akalku tidaklah bengkok
dimulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus.

ketika saudara Duraid,Abdullah meninggal dunia;Duraid berkata:
Aku sudah memukul kuda kerananya hingga sedemikian rupa
hingga nampak padaku warna hitam yang pekat
Pukulan seseorang yang membela saudaranya
namun dia tahu bahawa manusia tidak akan kekal
Aku rendahkan emosiku sebab aku tidak mengatakan padanya
engkau bohong dan aku tidak bakhil atas apa yang ada di genggamanku

imam syafie berkata:
Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu
dan relakan jiwamu jika qadha sudah ditetapkan
Jika qafha sudah turun di tanah suatu kaum
maka tidak ada yang sanggup mencegahnya,tidak juga bumi dan langit

Abul atahiyyah berkata:
Berapa kali sesuatu yang engkau benci datang mengunjungimu yang Allah turunkan namun engkau tidak menyukainya?
Berapa kali kita takut akan kematian,namun ternyata kematian tidak kunjung tiba?
Berapa kali kita menyangka bahawa apa yang datang kepada kita adalah satu ketentuan dan akhir dari segalanya,namun ternyata itu malah semangat baru,kekuatan dan keselamatan?
Berapa kali kita merasa bahawa jalan yang kita lalui menjepit kita,tali yang kita pegang putus,dan bentabgan cakeralewa yang ada di depan mata kita tiba-tiba menjadi gelap,namun ternyata yang berlaku adalah kemenangan,bantuan,kebaikan dan khabar baik?

"katakanlah:"Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"(surah Al-An`am:64)


Ini adalah pendapat saya pula,jawapan ada ditangan anda

Adakah apabila anda menangis & bersedih,anda mendapat apa yang anda mahukan?
Adakah anda tidak percaya pada Rukun Iman ke 6(percaya pada qada & qadar)
Adakah anda boleh dikatakan orang beriman selagi tidak diujiNya?
Adakah anda dapat membuat pilihan antara dunia & akhirat,yang mana anda mahu?
Adakah anda tidak melihat pengajaran dari kisah para Anbia` & sahabat? Adakah mereka tidak diuji?

Apabila anda diuji,katakanlah...cukuplah bagiku Allah

Kita milik Allah & akan kembali padanya..ingatlah Allah,maka hati-hati akan menjadi tenang

Tuesday, August 26, 2008

cameron...

23-25hb Ogos 2008..

ujung minggu br ni, zd berjalan2.. hehehe.. berjalan2 ker?? sebenarnyer zd bwk budak2 berjalan...
bdk2 degree sem 7... puas berjalan n mengambil gmbr..hehehe

pemandangan di tanah rata di waktu petang

bergambar di taman bunga..

taklimat oleh en yazid dr mardi.. menarik segala penerangan yang diberikan...

ramai betul tukang sibuk ni... nak bergambar sorang pun susah..

pokok teh dibawa dr india dan ditanam di sini... pokok2 teh ni berusia lebih kurang 80 tahun.. dan juga pokok2 yang terawal ditanam di cameron highland..

pemandangan di waktu petang dr apartment penginapan..

Friday, August 22, 2008

membuat kek...

semalam tetiba angin tak berapa baik.. maka, terjadilah kek coklat kukus..hehehe..rasa nak buat tapi tak rasa nak makan pon.. nasib baik ada housemate and opismate yang leh makankan.. thanx korang kerana sudi merasa..hehehe.. resepi ambik dr fotopages kak hanieliza...

adunan yang br dibancuh

periuk pengukus..hehehe

adunan yang br hendak dikukus..

kek-kek yang dah dikukus....hmmmmm...

resepi kek kukus.. (resepi dr kak hanieliza)


KEK COKLAT KUKUS

Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara
1. Panaskan kukusan
2.2. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat

dah naik keta cute.... (15/8/08)

akhirnyer... setelah sekian lama, hajat nak menaiki keta cute dah tercapai.. walaupun sekejap, tapi terasa best jugak..hehehe.... pasni nak naik lagi.. bwklah jalan2 jauh sikit..hehehe