terbaca dalam satu blog ni... Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... |
Cinta itu sebenarnya suci.
Cuma manusia yang mengotorkannya.
Kerana cinta lah terhasilnya ULAMA dan para WALI.
Cinta itu letaknya di HATI.
Bagaimana hati hendak memahami rahsia ALLAH sedang DOSA masih banyak.
Hati yang banyak DOSA dikuasai NAFSU..
NAFSU itu berlawanan dengan kehendak ALLAH.
ALLAH berserta kamu dimana kamu berada..katanya,
Sesungguhnya AKU sangat hampir.
Musibah itu dari ALLAH, utk membersihkan DOSA.
Semakin bersih dari DOSA, semakin banyak RAHSIA ALLAH yang diketahui
kerana CAHAYA hidayah (NUR) semakin terang..
Hati itu suka yang BATIN
Pandanglah mata HATI
Akhirat itu lebih baik.
Manusia utamakan DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA.
Bersihkan diri dari DOSA, hati akan MERDEKA..
NAFSU akan dikuasai HATI.
Bertaubatlah..Lari dari DOSA menuju ALLAH
Selagi Taubat tidak betul, perjalanan pun tidak betul
Sifat para wali itu sentiasa bertaubat.
Kalau berlarutan dalam dosa, tidak akan faham rahsia ALLAH.
ALLAH suka yang GANJIL...
Hati yang GANJIL..
Didalam hati cuma ada ALLAH sahaja..
Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya... Andai kau berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan satu keburukan, kau akan membencinya... Andai kau bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya... Andai kau berkawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak ceria, mungkin kau akan menjauhinya... Andai kau bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia juga adalah manusia biasa sepertimu....
No comments:
Post a Comment