resepinya:-
4 biji telur ( asingkan putih dan kuning)
150 gm gula (zd kurangkan gula ni dalam jd 70gm)
150 gm brown sugar
100 gm walnut
2 cawan carrot parut
1 1/2 cawan minyak mazola ( nak pakai minyak masak apa2 pun boleh, jgn korang letak minyak urut dah le)
bahan utk di ayak:-
250 gm tepung
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil soda
1 sudu kecil rempah kulit kayu manis
cara buat:-
pukul kuning telur, + gula (2 jenis) = pukul sikit
pastu + minyak + carrot parut + walnut = kaco sebati
pukul telur putih sampai kembang n masukkan dalam adunan..
masukkan tepung yg di ayak sikit2..dan kaco sehingga tepung sebati..
kukus dlm sejam lebih..atau sampai masak...( zd bakar dalam sejam..)
utk frosting dia...
250g cream cheese ( sebuku)
120g icing sugar ( zd kurangkan gak.. jd 60gm)
125 butter
125g krimwell
pukul semua aduan hingga sebati dan ringan. sapu atas kek...
No comments:
Post a Comment