requested by ros... resepi tak igt ambik dr blog sapa.. btw, thanx tuan empunyer blog itu..
Pineapple Upside Down Kek.
Bahan bahan:
200 g gula kastor
180 g mentega
4 bij telur
300g tepung kek
1 cawan jus nenas
secubit garam
1 camca teh esen vanilla
6 keping nenas tin
½ cawan gula perang
6 biji ceri merah.
Cara penyediaan:
Gula,mentega di pukul sehingga kembang. Masukan esen vanilla serta telur sebiji sebiji sehingga sebati. Kemudian masukan tepung kek, jus nenas serta garam .
Alaskan acuan dengan kertas dan lenserkan mentega dan sedikit tepung.
Bakar pada suhu 180 oc selama 40 minit.
Nota: Semasa memukul gula n mentega make sure kembang sehingga nampak gebu. ( Barulah kek nanti akan naik dengan elok )
Selepas acuan siap di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung....sebelum aturkan kepingan nenas taburkan gula perang dahulu. Untuk mendapatkan warna keperangan bila di bakar nanti.
2 comments:
zd, sedap tak rasa kek ni? dia rasa nenas ya? it look nice la...
sedap gak.. cuma zd nyer tu kurang garing bahagian atasnyer.. n kena lebihkan gula perang tabur tu..
Post a Comment