Thursday, October 29, 2009

gambar diri sendiri...

saja nak letak gmbr diri sendiri.. ekekekek


gambar tahun 2005

gambar tahun 2009

bezakan 2 gambar ni?? ekekekek

Tuesday, October 27, 2009

lawatan student...

30/9 dan 1/10 yang lalu ada lawatan sambil blajar utk student2 zd.. 30/9 kitorg gi ajinomoto.. manakala 1/10 kitorg gi kilang biodiesel n indah water... mmg seronok sgt.. gi lwt kilang2 ni.. hehe... just tepek gmbr k.. nak tulis pepanjang takder mood sgt lak...

mendengar penerangan kat ajinomoto...

demo memasak di ajinomoto.. hehe

di kilang biodiesel di teluk panglima garang... student mencatit maklumat... hehe

di indah water.. tgh tgk proses pengasingan.. jgn tanya pengasingan apa.. rasanyer semua org tau indah water buat apa... cuma yang kat bangi ni, tempat dia tertutup.. berbeza ngan tmpt lain.. hehehe

di akhir proses di mana air dah jd jernih...

kek utk yann

ini n3 utk quite dah lama jugak.. kek2 ni utk majlis pertunangan dayah.. adik yann.. thanx sbb percaya kat aku.. hehehe

kek ni utk majlis open house.. hehehe

kek ni lak utk pertunangan.. 2-2 kek ni carrot kek.. hehe

Monday, October 26, 2009

bunga dip

dah janji ngan hb nak post gmbr bunga dip.. tak siap lagik.. br buat bunga jer.. 1st time percubaan zd membuat bunga telur.. pastu berlagak lak nak buat bunga dip.. ekekekek... memasing buat utk isi masa lapang.. just gmbr bunga jerlah.. nnt bila dah siap penuh, zd tepek lagik.. hehe

br siap cantumkan.. belum jd bunga telur lg..

tgh keringkan kelopak bunga...

Saturday, October 17, 2009

dah 10 hari...

dah 10 hari pemergian ayahanda tercinta.. semua ahli keluarga semakin tabah menghadapi dugaan ini.. 2-3hari pertama mmg rasa sedih sangat.. bukan sahaja kerana pemergian abah tetapi juga kerana melihat keadaan adik2 yang down.. adik pompuan yang pertama, ok.. adik lelaki semakin teruk demam dan dok termenung.. adik bongsu pun nampak sedih.. malam tido dok pegang gambar abah n mama.. mmg terpaksa jadi kuat utk adik2.. tapi, sapa yang dok menjaga zd.. kalau nak sedih2 pun dalam bilik.. kekadang cakap ngan mama nak kuar jap.. gi pusing2 pastu tetiba dah berada di kawasan perkuburan abah.. nak sedih mmg kena jauh dr org.. sama jugak pada 7 dan 8hb.. depan semua org mmg cam takder apa.. sekarang alhamdulillah.. semua org semakin ok.. memasing dok sibuk buat persediaan kenduri yuyi nnt.. mengalihkan perhatian mama.. kenduri akan dijalankan seperti yang dirancang.. semuanyer adalah rancangan abah.. jadi kami akan buat seperti yang abah inginkan.. insyaAllah..

Tuesday, October 13, 2009

sunyi...

rasa sunyi sangat rumah ni.... tak tau nak kata apa2...

sbnrnya, zd dah buat persediaan perasaan bertahun.. abah dah sakit lama.. kiranya meredhai pemergian arwah.. tapi, biasalah cakap mmg senang.. nak melaksanakan adalah lebih sukar.. huhu.. takleh nak tulis dah.. smbg nnt2 lak..

abah usaha juga utk ker konvo masmi walaupun penuh ngan kursus ari tu... abah dtg tghari time lunch...

Saturday, October 10, 2009

abah.. love you so much..

arwah abah telah meninggalkan kami pada 7/10/09 pada pukul 9.40mlm.. yang sedihnyer, zd br jer balik ker melaka pg tu setelah mama kata abah dah stabil.. adik kata abah mmg sedar n senyum n sembang2 n siap makan lagi tu sebelum mama kuar dr ccu ijn pada pukul 8.30mlm.. sedar2 pada 9.30mlm, dr n nurse berlari ker ccu n mama bertanya pada guard katil mana yang dirawat.. rupanyer katil 9.. katil abah.. tetiba jantung abah berhenti.. pukul 9.40mlm abah menghembuskan nafas terakhirnya.. adik call pada 9.35mlm suruh balik.. tgh bersiap, adik call balik kata abah takder.. tak tergambar n terluah perasaan zd time tu.. nasib baik ada nadia n kak su yang menemani zd balik ker kl.. sampai ker ijn pukul 11 mlm.. smpt bertemu arwah abah sebelum dikapankan.. ramai yang berada di ijn waktu itu.. sahabat2 abah samada dr kawasan rumah mahupun pejabat terakhir abah.. kemudian selepas disembahyangkan, abah di bawa pulang ker rumah.. sepanjang malam zd mengambil kesempatan menemani jenazah abah dengan diiringi bacaan surah yasin.. ni yang zd boleh buat sebagai seorg anak.. InsyaAllah, zd berdoa supaya sampai ker akhir hayat zd, zd berusaha utk menjadi anak yang taat kepada abah n mama.. jenazah abah selamat dikebumikan pada pukul 11 pg.. terima kasih buat semua yang telah melawat jenazah abah.. mmg ramai sgt2.. arwah abah mmg baik sgt ngan kwn2 n staf2 dia.. yang dtg melawat dr jiran sekeliling, kwn2 seopis, staf2 abah, kwn satu U, kwn sekolah abah..
arwah abah mmg close sgt2 ngan anak2.. zd lak anak sulung.. mmg manja sangat ngan abah.. kalau dulu, adik2 nak apa2, mesti melalui zd.. huhu.. zd redha pemergian arwah.. kekadang cam tak sanggup tgk abah menanggung kesakitan sejak akhir2 ini.. abah banyak sangat makan pain killer.. kalau zd dapat menggantikan abah, mmg zd ganti utk tanggung kesakitan abah tu.. semoga abah tenang di sana dan abah ditempatkan bersama-sama dgn org2 yang beriman... Amiiinnn...