Thursday, July 23, 2009

keropok lekor..

mencuba buat keropok lekor.. memula buat dgn tuna kemudian buat dgn ikan selayang.. hehehe

cubaan pertama.. buat dhn tuna chunks...

kali kedua buat.. guna ikan selayang...

goreng keropok.. buat bekal ari ni...


Khas buat bel.. hehehe

resepi.. utk keropok tuna, zd pakai resepi dr amnet..

Keropok Lekor Ikan Tuna
Bahan-bahan ( untuk 1 orang makan )
• 1 tin kecil tuna flakes (185 gram)
• 1 cawan tepung jagung
• garam/serbuk lada hitam secukup rasa
• air untuk merebus
Cara-cara
1. Toskan air atau minyak ikan tuna. Masukkan isi ikan tuna dalam mangkuk dan gaulkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg tidak melekat ditangan.
2. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa (serbuk lada hitam optional). Bahagikan kepada 4 bahagian dan gentelkan panjang panjang macam gambar sebelah.
3. Panaskan air didalam periuk hingga mendidih. Masukkan keropok tadi dan rebus sehingga keropok timbul. Angkat, toskan, dan biarkan sejuk.
4. Setelah sejuk, hiris nipis dan bolehlah digoreng seperti biasa. Enjoy

untuk keropok ikan selayang.. zd ambik dr myresepi..
Bahan-bahan ( 10 org )

* 1 kilo ikan kembung/ selayang
* 500 g tepung kanji/ubi @ seeloknya tepung sagu
* sedikit garam
* beberapa ketul kiub ais/air batu
* Air secukupnya (agak2 le)

Cara-cara

1. Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
2. Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
3. Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air ( agak2 le).
4. Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan dan bolehlah goreng dan makan..

6 comments:

beldandy said...

ini sudah lebeyyyy...
sedap tak? nyum nyum!
kasi resepi!

zdiana said...

takderlah bel.. jeles tgk kat blog org.. huhu

nik ainn said...

nampak cam sedap..nak try gak la..hahaha..pantang nampak makanan :P

zdiana said...

itulah nik.. tapi saya terlebih ais, jd letak tepung banyak lak.. jdlah cam keropok biasa tu.. hajat nak makan keropok banyak ikan..huhu

beldandy said...

tima ksih darling!
zd..yg mana lebih sedap?
tuna tu yg dlm tin kan?

zdiana said...

bel.. sedap lagiklah guna ikan fresh...